sekolah berasrama penuh integrasi kuantan intek
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 3 (SBT)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUANTAN (INTEK)

Info berguna tentang SBP Integrasi Kuantan

Sejarah Penubuhan

SBP Integrasi Kuantan, atau nama ringkasnya INTEK telah dimulakan pembinaannya pada awal 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2002. Ianya mula beroperasi pada 04 Ogos 2003 dengan seramai 100 pelajar Tingkatan 1, manakala seramai 80 pelajar Tingkatan 4 telah mendaftarkan diri awal tahun 2004.
Pada tahun 2005, batch pertama tadi telah mengambil peperiksaan SPM dan PMR pertama di INTEK.

Pentadbiran awal INTEK

Pengetua pertama INTEK ialah Encik Salleh bin Wan Daud A.M.N. Beliau berasal dari negeri Kelantan telah mentadbir INTEK dari Ogos 2003 hingga 2005.
 
Biodata beliau:
Dilahirkan pada 25 November 1951 di Kota Bharu, Kelantan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu (1-3), Special Malay School (4-6), Sekolah Menengah Kota Bahru, Maktab Sultan Ismail (Tingkatan 6).
Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Bahasa Melayu.
    Pernah berkhidmat di :
  •         Sekolah Menengah Seri Nerang, Besut Terengganu.
  •         Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin, Kota Bharu.
  •         Sekolah Menengah Jengka 2 dan Jengka 8.
  •         Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang Pahang.
Mula berkhidmat di SBPI Kuantan(INTEK) pada 16 Jun 2003. Menjawat jawatan Pengarah Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu pada 22 Jun 2005.

Apa itu SBPI? (What is Integration Boarding School?)

SBP adalah ringkasan yang digunakan di Malaysia merujuk kepada Sekolah Berasrama Penuh. SBP merupakan sekolah tanggungan penuh Kerajaan Malaysia dan semua pelajar yang dipilih khas hendaklah tinggal di asrama dengan kawalan warden bertugas diluar waktu rasmi sekolah.
 
SBPI pula mempunyai integrasi dari segi aliran yang boleh ditentukan oleh pihak Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Kluster Kecemerlangan, iaitu Aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Tulen Teknikal. Pelajar di menengah rendah pula wajib mengambil mata pelajaran Bahasa Arab.

Mata Pelajaran Menengah Atas SBPI

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Pendidikan Islam (kec. aliran agama)
4) Matematik
5) Sejarah
6) Matematik Tambahan
7) Fizik
8) Kimia
9) Biologi (kec. aliran teknikal)
10) Bahasa Arab (aliran agama shj.)
11) Pend. Quran Sunnah (aliran agama shj.)
12) Pend. Syariah Islamiah (aliran agama shj.)
13) Lukisan Kejuruteraan (aliran teknikal shj.)
14) Teknologi Kejuteraan (aliran teknikal shj.)

Mata Pelajaran Menengah Rendah

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Bahasa Arab
4) Sains
5) Matematik
6) Sejarah
7) Geografi
8) Pendidikan Islam
9) Kem. Hidup (1 @ 2)
10) Bahasa Asing (Mandarin/Jepun/Perancis)
  1) Bersama kita menempuh tahun 2017 yang penuh cabaran ini.

2) INTEK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi Kohort 3 Tahun 2012 bersama 25 buah sekolah lain di seluruh Malaysia.

3) LIKE Facebook rasmi INTEK sekarang dengan carian SBP Integrasi Kuantan (Official).

4) Jangan lupa untuk Login ke Dashboard Frog VLE anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

https://cra4001.1bestarinet.net

5)Derma untuk Surau An-Nur INTEK boleh di salurkan terus ke akaun Bank Rakyat No.: 22-113-119244-6

6)Emel Rasmi INTEK (1GOVUC) telah ditukar kepada cra4001@moe.edu.my . Sebarang pertayaan dan maklum balas perlu menggunakan emel ini.

7)Sebarang Cadangan/Aduan/Komen boleh terus ke inbox admin feedback@myintek.info

8)Klik https://t.me/intek_aio untuk join INTEK_AIO Telegram Channel (maklumat dihujung jari)

HTML


 
Klik di sini jika ada masalah
 
 

Click picture to ENTER Frog VLE CRA4001
 
ENROLMEN INTEK sehingga:  01 Mac 2017
 TINGKATAN
L
P
 JUMLAH
T1 (4 Kelas)
37 48 85
T2 (4)
 53
 55
108
T3 (3)
 41
39
80
T4 (4)
 37
39
76
T5 (4)
 32
38
70
 JUMLAH
200
219
419

 
BIL. GURU sehingga April 2017
 LELAKI
 24
 PEREMPUAN
 30
 JUMLAH
 54
Cuti Bersalin: 01

BIL. STAF  sehingga Jun 2016
 LELAKI
9
 PEREMPUAN
15
 JUMLAH
24

 
Latest Video:
 
 
 

 
 
 
 
 

 



free counters
 
Penafian: Pihak SBP Integrasi Kuantan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan sumber dan maklumat daripada laman web ini. Segala suapan RSS dari Facebook, Twitter atau laman sosial lain tidak menggambarkan pendirian asal pihak sekolah.
Hak Cipta Terpelihara (c) SBP Integrasi Kuantan 2011~2014