sekolah berasrama penuh integrasi kuantan intek
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 3 (SBT)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUANTAN (INTEK)
Bilangan Pelawat (2018): page hit counter

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2018.

 
Kuantan, 28 Mei 2018:  Berikut dilampirkan Jadual Peperiksaan Pertangahan Tahun (PPT) bagi semua tingkatan. Peperiksaan ini akan berjalan di Dewan Perdana bagi T5 manakala di kelas masing-masing bagi tingkatan-tingkatan lain. 
PPT adalah penting bagi T4 kerana pihak SBP akan menjadikan PPT ini sebagai TOV (Take-off Value) untuk SPM mereka pada tahun 2019, manakala sebagai kayu ukur tahap penguasaan bagi pelajar semua.
Diharap, kesempatan PPT di bulan Ramadhan yang mulia ini menjadikan mereka lebih fokus di samping lebih banyak masa yang boleh digunakan untuk ulangkaji pelajaran. Sekian.
 
feedback@myintek.info

 




 

 

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 SBP Zon Timur.







Kuantan, 23 April 2018:  INTEK buat kali keduanya diberi kepercayaan untuk mengelola Majlis APC bagi semua SBP Zon Timur 2017. Majlis kali ini akan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah BPSBPSK iaitu Encik Shamsudin bin Mustapha. Berikut adalah tentatif majlis untuk rujukan para penerima anugerah pada kali ini:
 
8.00 am: Pendaftaran dan Minum Pagi
9.00 am: Taklimat Urusetia dan Raptai
10.30 am: Penerima APC mengambil tempat
10.45 am: Ketibaan tetamu jemputan
11.00 am: Ketibaab tetamu kehormat
11.15 am: Majlis bermula
 

Makluman Majlis Hala Tuju & Aku Janji T3 dan T5 2018

Kuantan, 13 Feb 2018:  Majlis Hala Tuju & Aku Janji Akademik bagi pelajar-pelajar T3 dan T5 yang akan menempuh PT3 dan SPM pada tahun ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh      : 23 Februari 2018 ( Jumaat ) - T5
                             :  09 Mac 2018 ( Jumaat ) - T3
Masa              : 08.30 pagi
Tempat      : Dewan Perdana INTEK

Tentatif majlis boleh didapati di Telegram Channel INTEK AIO atau di Facebook Rasmi INTEK Kuantan. Sehubungan dengan itu, tuan/puan ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi melengkapkan majlis. Sila wakilkan waris terdekat sekiranya tuan/puan tidak dapat hadir. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 09-5733994 atau emel ke cra4001@moe.edu.my.

Hebahan Hari Terbuka Asrama (HTA) 2018

Kuantan, 06 Feb 2018:  Pada tahun ini, unit HEM dengan kerjasama pejabat asrama INTEK akan mengadakan Hari Terbuka Asrama (HTA) lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya. HTA pada tahun dicadangkan akan diadakan selama dua hari iaitu pada Jumaat, 09 Feb 2018 sehingga 10 Feb 2018. Jadual pada hari pertama adalah acara pertandingan acara-acara sukan popular di antara rumah-rumah sukan INTEK iaitu INDERA BESTARI, INDERA HARMONI, INDERA KASTURI dan INDERA MUTIARA. Di antara acara sukan yang akan dipertandingkan adalah ragbi, petanque, memanah, bola jaring dna futsal.
Acara kemuncak pada hari kedua seperti Majlis pelancaran, gerai-gerai jualan, Colour Them Up, sukaneka dan banyak lagi. 

Ibu bapa digalakkan hadir ke dorm anak/jagaan masing untuk program Khidmat Bantu Dorm bermula jam 10 pagi, Sabtu 10 Feb 2018. Ini kerana, setiap dorm akan dibuka untuk lawatan umum dan juga pertandingan dorm terceria sepanjang HTA 2018 ini. Pada waktu malamnya pula, akan di adakan acara INTEK Got Talent. Jadual penuh di muat turun di pautan ini.

Semoga HTA pada tahun ini akan meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa terutama dari segi penjagaan dan keceriaan dorm. Dalam konteks pelajar pula, HTA akan menjadi tempat mereka meningkatkan markah Kokurilkulum individu dan rumah sukan masing-masing. Sekian.

 

Muat turun Borang Bayaran Yuran Asrama 2018

Kuantan, 26 Jan 2018:  Mulai tahun ini, pihak bank Maybank tidak lagi menerima bayaran masuk tunai melalui kaunter jika jumlah tunai kurang dari Rm5000. Oleh itu, ibu bapa/penjaga perlu menggunakan kaedah lain seperti bayaran melalui mesin ATM/CDM atau melalui kaedah atas talian seperti maybank2u. Berikut adalah dua borang yang bagi bayaran yuran asrama (akaun asrama) dan bayaran yuran SUWA (akaun SUWA sekolah). Klik link berikut untuk memuat turun, atau terus ke telegram INTEK AIO Channel.


2) Borang Bayaran SUWA (BELUM BERMULA)


 
Slip bayaran yang diperolehi hendaklah di tampal di bahagian yang disediakan dalam borang tersebut serta ditandatangi oleh ibu bapa/penjaga juga pada ruang yang disediakan. Borang yang lengkap boleh diserahkan kepada guru kelas anak jagaan masing-masing. Resit rasmi daripada pihak sekolah pula akan dikeluarkan setelah borang tersebut diterima dan disahkan penerimaannya dalam akaun.

Ibu bapa/ penjaga diingatkan untuk memastikan nombor akaun yang betul semasa transaksi dan kecuaian daripada pihak tuan/puan adalah tanggungjawab ibu bapa/penjaga.

Sekian. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat sekolah.

 

 

 

Prosedur Pendaftaran T1 Ambilan 1 sesi 2018

Kuantan, 06 JaN 2018: INTEK sekali lagi mengalu-alukan kedatangan semua pelajar T1 Ambilan 1 sesi 2018 dan ibu bapa yang akan mendaftar di INTEK seperti berikut:

Tarikh    : Rabu, 10 Jan 2018
Masa     : 0900 ~ 1300
Tempat  : Dewan Perdana & Anjung Mesra (urusan koperasi)
Pakaian : Uniform lengkap sekolah menengah, berkasut kulit hitam.
 
* Pelajar lelaki DIWAJIBKAN memakai songkok dan digalakkan bertudung labuh bagi perempuan

Secara ringkas, ibu bapa biasanya diminta meletakkan kenderaan di luar sekolah apabila kawasan tempat letak kereta di dalam telah penuh. Ibu bapa boleh terus ke Dewan Perdana (berhampiran pondok jaga) untuk meneruskan sesi pendaftaran. Berikut adalah turutan secara ringkas:

1) Dewan Perdana:
   
   Kaunter A: Semak nama, dapatkan borang-borang berkaitan.
                    - isi borang-borang di meja-meja yang disediakan.
   Kaunter B: Kaunter Pendaftaran Asrama (Rumah sukan, Dorm, Katil, Loker).
   Kaunter C: Rekod/inventori peralatan kamar.
   Kaunter D: Kaunter bayaran (Asrama, koperasi, SUWA).
   Kaunter E: Penyerahan dokumen kepada guru kelas.
   ke Koperasi: Kawasan Anjung Mesra.
   ke Asrama: kenalpasti dorm, katil, loker dan melaporkan segera sebarang kerosakan.
   Ucapan Pengetua & Majlis Penyerahan Pelajar (1200pm)
   Tamat.
 
Setelah selesai, ibu bapa dibenarkan membawa anak keluar jika perlu sehingga jam 3.30pm untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang masih perlu atau makan tengahari bersama. Walaubagaimanapun dewan makan ada menyediakan makan tengahari untuk pelajar sahaja. Pada 3.30pm, semua pelajar baharu hendaklah berkumpul semula di Dewan Perdana untuk taklimat (pelajar sahaja).
 
Berikut adalah senarai bayaran yang perlu semasa pendaftaran:

1) ASRAMA :
   a.       Pendapatan ibu-bapa/penjaga  ≤ 5000.00 : RM 1.00 sehari  X 250 hari = RM 250.00
   b.       Pendapatan ibu-bapa/penjaga ≥ 5000.00 : RM 3.00 sehari  X 250 hari = RM 750.00

2)       MAJALAH SEKOLAH  : RM 20.00

3)       BARANG KEPERLUAN PERIBADI (KOOP) :
   a.      Pelajar lelaki : RM 533.50
   b.      Pelajar perempuan : RM 539.50
   *Nota tambahan : pada tahun ini semua pelajar wajib membeli set buku tulis bernilai RM 11.00 keluaran JPN yg menggunakan kertas recycle, menjadikan jumlah nilai bayaran baru sebanyak RM 539.50 untuk pelajar perempuan dan RM 533.50 untuk pelajar lelaki.

4)       SUMBANGAN PIBG : akan diwartakan selepas Mesyuarat Agung PIBG (Mac)
 
Ibu bapa boleh memuatturun prosedur pendaftaran lengkap dengan klik link di bawah (pdf):


atau dengan menyertai telegram channel INTEK All in One dengan klik di sini (https://t.me/intek_aio). Semoga urusan tuan-puan dan urusan pihak sekolah berjalan lancar demi untuk masa hadapan anak didik kita dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara kita, amin ya rabbal alamin...

Feedback: cra4001@moe.edu.my
 

Selamat Tahun Baharu Masihi 2018/1439H

 
Kuantan, 30 Dec 2017: Pihak INTEK dengan ini mengalu-alukan kedatangan semula semua pelajar INTEK dan ibu bapa untuk menempuh sesi 2018. Cuti akhir tahun sudah berakhir dan esok akan bermula pendaftaran asrama INTEK sesi 2018 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5. Berikut adalah butiran sesi pendaftaran asrama esok, 01 Jan 2018.

Tarikh    : Isnin, 01 Jan 2018
Masa     : 12pm ~ 06pm
Tempat  : Anjung Mesra
Pakaian : Batik rasmi sekolah/ Baju koperat sekolah lengkap.
* Ikut rumah sukan masing-masing.

Sedikit pesanan daripada Unit Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu sila tepati masa pendaftaran dan pelajar diminta mengekalkan budaya 7s sekolah seperti segak, sopan, sapa dan sebagainya. Ibu bapa diminta menyediakan kunci loker untuk loker anak masing-masing dengan satu salinan pendua kunci tersebut diserahkan ke pejabat asrama. Sertakan maklumat lengkap pada anak kunci tersebut seperti berikut:

Nama:
Kelas:
Dorm:
Aras:

Unit HEM juga menasihatkan ibu bapa dan para pelajar supaya memegang wang tunai di tangan tidak melebihi RM30 sahaja pada satu-satu masa. Jika ada lagi tunai berlebihan, pelajar diminta menyimpannya di Bank Koperasi INTEK yang akan dibuka semasa pendaftaran esok. Pembelian buku tulis boleh juga dibuat esok dan berikut disertakan cadangan oleh pihak Koperasi INTEK Berhad. Ibu bapa boleh membelinya mengikut keperluan. Pengambilan Buku Teks juga boleh dilakukan esok di Bilik SBPT INTEK.



Sementara itu, Unit Disiplin yang akan diterajui oleh Ustaz Mohd Fakhzan Zulkawi pada sesi 2018 ini pula mengingatkan pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah terutamanya bagi lelaki hendaklah berambut pendek, tidak berfesyen serta tidak membawa barangan larangan seperti telefon bimbit, majalah hiburan, seluar jeans dan rokok.

Semoga tahun 2018 menjadi tahun kegemilangan INTEK dan kita hendaklah menggerakkannya bersama ke arah impian tersebut. Impian yang besar ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan semua. Sekian.

 

INTEK Bersedia Menerima Calon-calon UKSBP 2017

Kuantan, 22 Dec 2017: Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya uksbp akan mula dijalankan pada tahun ini sebagai rintis kepada pengambilan pelajar baharu tingkatan satu SBP untuk sesi bermula 2018. Sebanyak 69 buah SBP seluruh negara dan beberapa buah sekolah menengah harian akan menjadi pusat uksbp kepada lebih 50 ribu calon yang layak menduduki uksbp ini pada 11 hinga 14 Disember 2017, dan 12 hinga 15 Disember bagi Selangor dan Kuala Lumpur.
INTEK akan menerima 480 calon yang telah disenaraikan oleh pihak BPSBPSK. Dua bilik akan digunakan iaitu Bilik Akses dan Chromelab, dengan 40 calon setiap sesi akan berjalan sehingga 3 sesi setiap hari. Berikut adalah carta alir yang lebih memudahkan.
 
Baharu!! Kemaskini UKSBP Fasa 2:
Tarikh: 23 Jan 2018, Selasa
Sesi: 1 sahaja (8.30~10.00am)
Pendaftaran: 8.00 am - Anjung Mesra

*Yang datang awal boleh bersarapan dahulu di kantin sekolah.
 

 
Pesanan untuk calon:
 
1) Membawa kad pengenalan dan slip menduduki uksbp yang dicetak dari laman sesawang KPM untuk                    ditunjukkan di kaunter pendaftaran. Sila ingat No. k/p kerana ia adalah login kepada sistem.
2) Membawa sijil-sijil serta surat sokongan berkaitan jika dipilih sebagai calon Temuduga Kuota Pengetua.
3) Berpakaian kemas (kemeja, slack, baju kurung, bertudung) dan berkasut.
4) Pastikan tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip, hadir ke kaunter pendaftaran (Anjung Mesra) sekurang-        kurangnya 30 minit sebelum sesi untuk melicinkan proses seterusnya.
5) Mendapatkan Kad PC Location di kaunter pendaftaran dan memulangkannya kepada pengawas di bilik ujian        aras 2 apabila masuk ke bilik tersebut.
5) Naik ke tempat menunggu aras 2 apabila diminta oleh pengawas. Ibu bapa dilarang naik ke aras 2                      memandangkan tempat menunggu yang terhad.
6) Tidak membawa sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota apabila berada di bilik ujian.
7) Mendengar dengan jelas arahan daripada pengawas bertugas di bilik ujian.
8) Mengangkat tangan untuk bertanya jika terdapat masalah teknikal dan sebagainya.
9) Meminta kertas dan pen daripada pengawas bilik ujian apabila memerlukan.
10) Gunakan masa sebaiknya 90 minit untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
11) Membiasakan diri dengan touchpad laptop kerana calon yang mendapat chromebook tidak dibekalkan                  dengan tetikus (mouse).
12) Seorang calon hanya layak login sekali sahaja ke dalam sistem, oleh itu, jangan sesekali menekan butang            Log Keluar selagi belum tamat.
13) Tekan Log Keluar dan keluar dari bilik dengan tenang apabila selesai.
 
Berikut adalah corak soalan yang akan di kemukakan nanti. Semoga berjaya!
 

SQ: Spiritual Quotient
IQ: Intelligence Quotient
EQ: Emotional Quotient
SSQ: Soft Skills Qoutient

 

Stream Showcase INTEK 2017 berjaya mencungkil bakat pelajar INTEK

Kuantan, 12 Nov 2017: Program Stream Showcase adalah ilham daripada BPSBPSK dalam mencari dan mencungkil bakat pelajar SBP terutamanya dalam bidang sains. Program ini wajib dijalankan oleh semua SBP, tidak terkecuali INTEK. Kali ini, Stream Showcase dijalan secara mengikut kumpulan tingkatan, iaitu pelajar T1 akan mempamerkan jenis-jenis masakan antarabangsa mengikut bahasa antarabangsa yang mereka pelajari, samada Bahasa Arab, Mandarin, Jepun atau Perancis yang ditawarkan di INTEK. Pelajar T2 mengadakan pertandingan Pemuliharaan Alam Sekitar manakala pelajar T3 akan bertanding dalam poster kemanusiaan dan hak asasi.
Tidak terkecuali pelajar T4 beradu kreativiti dalam pertandingan mencipta video mempromosi INTEK di mata dunia. Semua pelajar bersungguh-sungguh menyediakan bahan dan hasil mereka dan di pihak guru kami amat berpuas hati dengan hasil mereka. Album dan gambar aktiviti mereka boleh dilihat di laman rasmi FB Intek (https://web.facebook.com/myINTEK).
Berikut adalah dua video yang dinobat JOHAN dan NAIK JOHAN bagi Pertandingan Video Mempromosi INTEK sempena Stream Showcase 2017. Ketiga adalah Indera Harmoni diikuti Ke-4 Indera Kasturi. Tahniah diucapkan!
 
         

                   JOHAN: Indera Bestari                                                NAIB JOHAN: Indera Mutiara
    
 
 

Bengkel #MyDigitalMaker bersama PINTAR

Kuantan, 21 Sept 2017: Seramai 25 pelajar menengah rendah INTEK dijemput menghadiri bengkel sehari tersebut yang akan berlangsung pada Sabtu, 30 Sept 2017 di SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad Indera Mahkota, Kuantan. Pelajar yang tinggal berdekatan atau yang tidak balik bermalam boleh menempah slot untuk 25 orang. Fisrt come first serve. Klik link berikut untuk mendaftar.

 
 

Pertandingan Login Tertinggi Frog VLE Musim Cuti

 

Kuantan, 26 Aug 2017: Unit ICT INTEK sekali lagi akan mengadakan pertandingan seperti di atas sebagai satu usaha untuk meningkatkan jumlah login pelajar INTEK ke laman FROG VLE. Pertandingan ini akan berlangsung dari  JUMAAT, 25 Aug 2017 sehingga Isnin, 04 Sept 2017 jam 12.01 am. Pelajar dengan jumlah login tertinggi akan menerima hadiah khas daripada unit ICT. Hadiah akan diumumkan nanti. Berikut adalah ranking terkini jumlah login. Sentiasalah mendapatkan maklumat di lama web rasmi INTEK ini.
 
Pelajar yang lupa YES ID dan password boleh mendapatkannya daripada guru kelas masing-masing. Untuk pengetahuan, YES ID kini boleh digantikan dengan nombor kad pengenalan penuh sahaja, akan tetapi password masih perlu dimasukkan. Pelajar juga boleh terus whatsapp/telegram admin di 011 1106 5122 atau mengisi Online Request YES ID and password di sini. Pastikan alamat web frog VLE yang betul iaitu https://cra4001.1bestarinet.net
 
 
TAHNIAH! Pemenang Login Terbanyak FROG VLE Musim Cuti 2017. Hadiah akan disampaikan semasa perhimpunan pagi.

1) RAZAN AZIMAN B RAFIZAN T1-ARKEOLOGI                   33  1h 14m  41h 05m  04/09/2017 07:53
2) SITI NUR ATHIRAH BAHIYYAH BT MUH T3-ASTRONOMI   17  1h 08m  19h 31m  04/09/2017 08:58
3) NUR DINI DAYANA BT AHMAD KHOMEINI T1-AKTUARI    16  0h 45m  12h 00m  04/09/2017 13:48
3) RAFIQUL HADI B IDAHAR T2-AKTUARI                          16  0h 30m  8h 03m  29/08/2017 16:12
*Dua pemenang tempat ke-3 kerana jumlah login yang sama.
 
 
Ranking Terkini sehingga: 27 Aug 2017,
 
1) AHMAD FAIZ IQRAM ARAMLEE 1 ASN - 7 Login/7h 38m
2) RAFIQUL HADI IDAHAR           2 AKT - 6 Login/6h 28m
3) NUR SYASYA MOHD YUSOFF    1 ASN - 4 Login/2h 54m
4) MEERZA BT MDMAHAZAN        1ASN - 4 Login/4h 10m
5) MOHAMAD AHKIMI JOHARI      1ASN - 3 Login/1h 24m
 
Ranking Terkini Login FROG VLE sehingga: 28 Aug 2017,
 
1) AHMAD FAIZ IQRAM ARAMLEE 1 ASN - 9 Login/8h 16m
2) RAFIQUL HADI IDAHAR           2 AKT - 8 Login/6h 48m
3) MEERZA BT MDMAHAZAN        1ASN - 6 Login/1h 19m
4) NURUL SHAFIQAH SUHADA SHAIFUL NIZAM    1 AKT - 6 Login/0h 25m
5) SITI NUR ATHIRAH BAHIYYAH MUHD SABRI 3ASN - 5 Login/0h  41m
 
 
Ranking Terkini Login FROG VLE sehingga: 29 Aug 2017,

1) RAFIQUL HADI BIN IDAHAR T2-AKTUARI         16 0h 30m 8h 03m 29/08/2017 16:12
2) RAZAN AZIMAN BIN RAFIZA T1-ARKEOLOGI 12 1h 30m 18h 09m 29/08/2017 21:30
3) AHMAD FAIZ IQRAM BIN ARAMLEE T1-ASTRO 10 0h 51m 8h 33m 29/08/2017 00:03
4) NUR DINI DAYANA BINTI AT1-AKTUARI           9 0h 57m 8h 34m 29/08/2017 15:48
5) MEERZA BT MDMAHAZAN T1-ASTRONOMI   7 1h 41m 11h 49m 29/08/2017 20:02


Maklum balas: feedback@myintek.info Klik https://t.me/intek_aio untuk menyertai INTEK_AIO Telegram Channel.

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan 2017


Kuantan, 23 Aug 2017: INTEK telah membuat sambutan Minggu Kemerdekaan ke-60 2017 dengan meriah sekali. Pelajar-pelajar T4 dan T2 telah membuat beberapa persembahan yang memukau guru-guru pada pagi ini. Persembahan dimulakan dengan pelajar T2 (Al-Mutadayyin) mempersembahkan pentomen sejarah Dato' Bahaman dalam peristiwa Perang Semantan menentang Inggeris.
Acara kemuncak adalah acara mengibarkan jalur gemilang diketuai oleh pelajar T4 (Al-Qassam) beserta nyayian lagu kebangsaan dan lagu-lagu kemerdekaan. Paling mengejutkan apabila ucapan Ayahanda pengetua diselitkan dengan nyayian lagu klasik merdeka oleh beliau sendiri. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Malaysia Sehati Sejiwa!
Maklumbalas: feedback@myintek.info
 

 

Outreach Sains (Fizik,Kimia,Biologi) akan berlangsung


Kuantan, 25 Jul 2017: Program Tahunan Outreach Sains akan berlangsung di INTEK esok dengan beberapa aktiviti dan program telah disusun rapi. Sebanyak 9 buah sekolah sekitar INTEK telah dijemput untuk memeriahkan program ini iaiti SEMSAS, SMK Bukit Rangin, SMK Sul Hjh Kalsom, SMART, SABS, SMK Alor Akar, SMA Al-Maarif dan SMT Kuantan.
 
Program akan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ketibaan sekolah-sekolah yang dijemput dengan sesi bergambar. Seramai 60 fasi dari INTEK telah dilantik untuk menjaga setiap stesen eksperimen-eksperimen Fizik, Kimia dan Biologi. 3 buah makmal digunakan pada kali ini.
 
Program ini dijangka tamat jam 4.00 pm dengan pelajar INTEK pula mengambil peluang melawat stesen-stesen eksperimen dan sesi Stream Showcase T1 Fasa 2 pada sebelah petang.
 
Pihak sekolah berharap, program kolaborasi sebegini akan dapat memberi pengalaman bermakna buat pelajar-pelajar di sekitar Kuantan amnya, dan pelajar INTEK sendiri khasnya. Mereka juga boleh menanam minat dan cintakan ilmu sains sepanjang hayat. Semoga program-program sebegini terus mendapat sokongan semua pihak.
~feedback@myintek.info~

Mari Bermain sambil belajar dengan Frogplay

 

Kuantan, 20 Julai 2017: Sebagai permulaan kepada pengalaman FrogPlay yang menarik dan penuh makna, kami mengadakan sebuah pertandingan peringkat kebangsaan dari 11 Jun - 11 Ogos 2017.


Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah yang boleh mengakses FrogPlay. Sekolah-sekolah digalakkan untuk bekerjasama dan mengaplikasi pembelajaran berkonsepkan gamifikasi menerusi FrogPlay bagi membolehkan murid melakukan pembelajaran kendiri.

Jom, sertai keseronokan ini! Pendaftaran dibuka 11 Jun 2017 dan akan tamat pada 11 Ogos 2017. Jom sertai!

Laman Frog VLE INTEK: https://cra4001.1bestarinet.net
Slaid Ringkasan FrogPlay 
https://docs.google.com/presentation/d/1AilGVM_o_D-oP6zyB0pnepfkRN5Zf8ECIZrRwNBwFRs/edit?usp=sharing


?Lupa YesID dan Password??? Gunakan nombor kad pengenalan di MENU CARIAN sebelah kanan >>>>>
 



 

Bengkel Pembinaan Laman Web (Asas) Siri 01 2017


Kuantan, 27 Jun 2017: INTEK di bawah Unit ICT INTEK dengan kerjasama bekas pelajar (Alumni) akan mengadakan bengkel seperti di atas dengan ketetapn berikut:

Tarikh: Sabtu, 08 Julai 2017
Masa: 8.00 am ~ 4.30 pm
Tempat: Bilik Akses INTEK

 

Ibu Bapa Dijemput Memeriahkan HARI TERBUKA ASRAMA (HTA) 2017

Kuantan, 28 Feb 2017: Hari Terbuka Asrama (HTA) INTEK adalah acara tahunan yang akan dijalankan oleh Unit Hal Ehwal Murid bagi melengkapkan takwim unit tersebut. Pada tahun ini, HTA akan berlangsung pada 03 Mac 2017 dan 04 Mac 2017 iaitu pada Jumaat dan Sabtu ini. Pelbagai akitiviti telah dirancang bagi memeriahkan suasana dan melibatkan semua pelajar dan guru serta ahli kumpulan pelaksana sekolah (AKP). Ibu bapa juga tidak terkecuali dan anda semua dijemput dengan merujuk kepada jadual aktiviti di bawah. Semoga, program sebegini akan meningkatkan ikatan ukhuwah di antara semua warga INTEK seterusnya dapat menampilkan bakat pelajar INTEK. ~feedback@myintek.info~
 

Majlis Graduasi INTEK kali ke-12, 2016.

 



 

Karnival Kokurikulum INTEK 2016


 

Pn. Roslina mengucapkan selamat maju jaya kepada INTEK


KUANTAN, 31 Julai 2016: GPK HEM dari SEMSAS, Pn. Roslina telah berjaya menamatkan program ROS beliau di INTEK minggu lalu selama dua minggu. Pada hari Jumaat yang lalu, beliau telah diraikan oleh pentadbir dan guru-guru INTEK dalam majlis ringkas berserta potluck, serta sedikit penyampaian cenderahati oleh pihak sekolah dan oleh ketua bidang.

Dalam ucapan ringkasnya semasa majlis tersebut, beliau amat berterima kasih kepada pihak pengetua kerana sudi membenarkan beliau menjalan ROS di situ serta semua guru-guru yang memberi kerjasama penuh kepada beliau. Beliau amat bersyukur kerana pihak sekolah dan guru-guru INTEK telah memudahkan banyak kerja beliau.

Dalam ucapan yang ringkas serta padat itu juga, beliau menyentuh tentang betapa guru-guru INTEK mempunyai kekuatan ukhuwah yang tinggi sesama guru, yang beliau percaya itulah yang merupakan kejayaan besar tuan pengetua membentuk INTEK. Disamping itu, beliau juga memuji peranan tuan pengetua dalam menguruskan sekolah dengan sifat 'keayahndaan' yang dibawa oleh tuan pengetua, sepanjang dua minggu dalam perhatian beliau.

Pn. Roslina seterusnya mendoakan INTEK terus berjaya dalaman dan luaran dan terus menjadi sebuah sekolah unggul di Malaysia. Oleh itu, amat wajar guru-guru INTEK meneruskan perjuangan menjadikan INTEK seterusnya SBP di Malaysia sebagai satu platform pendidikan yang bermutu tinggi di Malaysia, sekian.

Oleh: feedback@myintek.info

 

 

Warga INTEK Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri


KUANTAN, 03 Julai 2016: Setelah sebulan kita mengharungi ibadah puasa, diharap Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih baik dari semalam dengan penghapusan dosa yang kita inginkan. Kini tibalah pula Syawal menjelma. Warga INTEK amnya dan admin khasnya mengucapkan Salam Lebaran kepada seluruh muslimin dan muslimat terutamanya yang sentiasa mengikuti perkembangan INTEK (SBP Integrasi Kuantan) secara berterusan di Facebook (SBP Integrasi Kuantan (Official)), Twitter, Telegram serta Instagram. Kepada yang memulakan perjalanan jauh atau dekat sentiasalah berhati-hati di jalan raya.
  

Semoga, lebaran tahun ini menjadi pemangkin untuk INTEK dan seluruh warganya kepada lebih cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.

Sementara itu, admin ingin mengumumkan Pertandingan Login Frog VLE terbanyak akan berlangsung sepanjang cuti Aidilfitri ini. Pemenang tempat Pertama, Kedua dan Ketiga bakal menerima Duit Raya bernilai RM10 dan RM5. Selamat Ber FROG VLE.

Oleh: feedback@myintek.info

Sedekah Membuka Pintu Rezeki

KUANTAN, 09 Jun 2016: Sempena bulan Ramadhan tahun 1437H ini, terlalu banyak peluang untuk kita bersedekah. Dalam hadis oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat turun, salah satunya berkata: “Ya Allah berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang lainnya berkata: “Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan hartanya.” (HR Bukhari dan Muslim).

INTEK dalam proses penambaikan Surau An-Nur. Oleh itu, sumbangan ikhlas tuan-puan boleh terus melalui akaun Bank Rakyat yang tertera pada gambar di bawah. Semoga keberkatan milik kita.

 

~Maklumbalascra4001@moe.gov.my 

 

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-13, 2016

KUANTAN, 09 Mar 2016: Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarkih: Sabtu, 12 Mac 2016
Tempat: Dewan Perdana INTEK
Aturcara:
8.30am- Ketibaan ibubapa
9.00am- Ketibaan VIP
9.10am- Majlis bermula
10.30am- VIP meninggalkan Majlis
10.45am- Mesyuarat Agung PIBG
12.30pm- Jamuan & Bersurai

~Selamat Bermesyuarat~ feedback@myintek.info

 

 

 

Analisis SPM 2015

KUANTAN, 06 Mar 2016: Pada 03 Mac lalu, keputusan SPM 2015 telahpun diumumkan secara rasmi. Seperti biasa, kita akan lihat ada pelbagai perasaan yang muncul, ada yang melonjak gembira, ada yang sugul, ada yang redha dan sebagainya. Namun, itu adalah rezeki kamu yang telah ditetapkan oleh Allah, sesuai dengan usaha kamu. Keputusan INTEK secara keseluruhannya sedikit meningkat, namun kita masih tidak boleh berpuashati dengan kedudukan spt berikut:
 
Rank SBP Malaysia: 50/68
Rank Pahang: 4
Rank Kuantan 1
GPS: 2.38 (2014 2.48)
Straight A+ :0
Straight A's : 9 (2014 10)
 


 
 
Tahniah kepada semua warga yang membantu melonjakkan keputusan SPM 2015 ini terutama kpd anak-anak batch Savant. Semoga INTEK terus gah dipersada negara dengan akademik yang mantap dan sukan yang hebat. ~feedback@myintek.info~

  

 Log in ke Frog VLE sekurang-kurangnya 30 minit seminggu

KUANTAN, 20 Sept2015: BTPN Pahang telah menetapkan bahawa semua guru dan pelajar di Pahang yang mempunyai akaun Frog VLE masing-masing hendaklah log in ke dashboard masing-masing sekurang-kurangnya 30 minit seminggu untuk mencapai KPI Kebangsaan. Oleh itu, admin menyeru semua pelajar dan guru INTEK membuat sedikit ekplorasi tentang idea-idea baru melalui platform Frog VLE di musim cuti ini. Klik pautan (atau gambar) di bawah untuk mula Log In... terima kasih!

Oleh: admin@myintek.info


 

 

Kejohanan Taekwondo TM/WTF Daerah Kuantan 2015


KUANTAN, 06 Mac2015: INTEK pada tahun diberi penghormatan sebagai tuan rumah kepada kejohanan ini. Seramai 226 perserta dari seluruh Kuantan kategori sekolah rendah dan sekolah menengah dijangka akan hadir memberi saingan masing-masing. Sebagai tuan rumah, INTEK juga akan menghantar 20 pelajar sebagai peserta kategori sekolah menengah.
Diharap dengan penganjuran ini, INTEK akan lebih dikenali di seluruh Kuantan khasnya, dan Malaysia amnya.
Acara akan bermula pada 7 dan 8 Mac ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Perdana INTEK. LIKE FB Official INTEK atau @INTEK_twitter untuk mendapatkan keputusan dengan lebih cepat.

Oleh: admin@myintek.info

 

 

 

Cuti Perayaan Utama

KUANTAN, 02 Feb 2015: Seperti yang kita sedia maklum, hari persekolahan di Malaysia sememangnya banyak akan bertukar kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan banyak perayaan perlu disambut. Oleh itu, pihak INTEK memberi gambaran tarikh-tarikh cuti yang disarankan oleh JPN Pahang, dan akan diikut oleh pihak sekolah.

Walaubagaimanapun, kemungkinan perubahan akibat daripada situasi luar jangka akan tetap perlu diambil kira, dan akan diberi info awal oleh pihak sekolah seadanya. Berikut adalah jadual cuti yang dimaksudkan:
 
 
Diharap info ini akan memberi kemudahan kpd tuan puan sekalian. Akan tetapi, lebih elok jika tuan puan menelefon terlebih dahulu pihak pentadbiran sekolah kerana dibimbangi berlaku perubahan di saat akhir. Sekian. 
By: admin@myintek.info

 

Bengkel Penulisan Kreatif Sekolah Menengah Daerah Kuantan anjuran DBP

TARIKH: 10 ~ 11 November 2014
TEMPAT: Bilik Seminar 1, Bilik Kebitaraan Bahasa Melayu INTEK


07 Nov 2014, INTEK: Kurangnya pendedahan teKnik-teknik dan kaedah penulisan yang baik menjejaskan keupayaan pelajar menguasai KOMSAS. Pelajar sentiasa merungut bahawa belajar KOMSAS begitu susah dan membosankan. Kesannya boleh menyebabkan pencapaian subjek bahasa Melayu dalam SPM kurang cemerlang. Oleh itu, dengan pendedahan langsung daripada pakar dan penulis karya sastera akan dapat menyuntik minat pelajar mencintai KOMSAS dan sastera Melayu. Di antara objektif bengkel ini adalah:

· Menarik minat pelajar untuk mendalami dan menghayati cerpen dan sajak kerana mereka akan mempelajari genre ini melalui teks antologiKOMSAS

· Mencungkil bakat dan minat  pelajar dalam bidang penulisan cerpen dan sajak

· Menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam melestarikan karya kreatif seterusnya dapat berinteraksi dengan tokoh dan penggiat

  sastera tanah air

· Menggalakkan perkembangan penulisan, pembacaan dan penghayatan terhadap karya kreatif yang mempunyai nilai-nilai murni untuk

  memperkukuh jati diri pelajar

 

 :-admin@myintek.info-

  

Majlis Graduasi INTEK kali ke-10, 2014.

TARIKH: 27 Sept 2014, Sabtu
TEMPAT: Dewan Perdana, SBPI Kuantan
MASA: 8.00 pagi ~ 12.00 tgh
DISEMPURNAKAN OLEH: Assoc. Prof. Dr. Nik Mazlan bin Mamat
                                          Timb. Pengarah Kampus IIUM Kuantan

 

21 Sept 2014, INTEK: Saban tahun, pelajar T5 INTEK akan menerima anugerah pencapaian akademik masing-masing melalui majlis yang amat gilang gemilang, yang dinamakan Majlis Graduasi INTEK. Pada tahun ini, Majlis Graduasi kali ke-10 akan berlangsung lebih awal daripada takwin asal sekolah kerana kekangan Peperiksaan Akhir Tahun SBP yang diawalkan oleh pihak SBP. Para pelajar akan menerima scroll pencapaian akademik mereka dengan catatan PNGK masing-masing, yang mana keputusan peperiksaan percubaan SPM SBP yang baru selesai baru-baru ini diambil kira sepenuhnya. Diharap, majlis yang gilang gemilang ini akan menjadi titik semangat kepada semua pelajar T5 INTEK khasnya dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar dalam usaha meningkatkan diri masing-masing dalam pencapaian akademik dan ikhtisas di peringkat yang lebih tinggi. Sebarang cadangan emel ke:-admin@myintek.info-

 

 

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform INTEK capai objektif

24 Aug 2014, INTEK: Pada 22 hingga hari ini, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform INTEK telah melabuhkan tirainya. Perkhemahan yang diadakan di Kem Kokurikulum Hutan Lipur Sg. Pandan di Felda Panching, Kuantan. Seramai 60 peserta terlibat dengan mewakili 7 pasukan Unit Beruniform INTEK dan telah disertai oleh pelajar-pelajar T2 dan T4. Pelbagai aktiviti telah di jalankan seperti rentas halangan, Survivor, Ekplorasi rimba dan malam kebudayaan. Semua pelajar yang terlibat menyatakan mereka amat seronok apabila sekali sekala merehatkan diri di kawasan hutan yang sepi dan tanpa gangguan seperti di bandar. Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan pihak pengurusan kem serta para fasilitator yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini serta perkongsian ilmu yang telah diberikan.-admin@myintek.info-

 

 

Kejohanan Golf Jemputan INTEK 2014

Tarikh            :22 & 23 Jun 2014
Tempat          :Kelab Golf TUDM Bt.9
Penglibatan   :Mengikut jemputan
 
 

Kem YES SBP Anjuran Biro Tatanegara Malaysia

Tarikh            :20, 21 & 22 Jun 2014
Tempat          :Kem BTN Maran, Pahang
Penglibatan   :20 pelajar T5

INTEK sebagai AJK Buletin di Mahrajan Memanah Kebangsaan 2014 IPA


INTEK, 01 Jun 2014, Pahang telah menjadi tuan rumah bagi Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama (MMIPA) Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 untuk kali ke-6 ini. INTEK telah diberi mandat selaku AJK Penerbitan Buletin pada karnival tersebut. Dua orang guru dan 4 orang pelajar T4 INTEK telah berkampung di sana dalam usaha menerbitkan 5 edisi buletin sepanjang temasya tersebut. Admin tidak keberatan untuk berkongsi edisi buletin tersebut serta gambar-gambar yang di ambil oleh ajk supaya menjadi rujukan oleh tuan rumah selepas ini. Klik link di bawah untuk muat turun edisi buletin dan gambar-gambar. Sekian.

Muat Turun:

4) Buletin MMIPA 04
5) Buletin MMIPA 05

~written by:admin@myintek.info~

 

 

INTEK dapat gangsa di MIYIO 2014

 
 
INTEK, 25 Apr 2014, Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2014 telah berlangsung di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang, pada 17 hingga 20 April 2014. INTEK telah menghantar kajian mengenai Ecoil D'Compose menggunakan minyak masak terpakai dengan menukarkannya kepada baja kompos. Perserta dari INTEK diwakili oleh Arifahmi bin Zulaffandi (4IS) dan Ahmad Muqri bin Zulhairee (4IS). Manakala guru pembimbing pula terdiri daripada En. Hamidi Yet dan En. Mat Sabri bin Bidun. Tidak lupa yang turut memberi sumbangan iaitu Ketua Bidang Sains & Matematik, Pn. S. Nurizah bt Kamsin serta dua orang pembantu makmal INTEK iaitu Pn. Samseema dan Pn. Mariana. Kajian ini telah mendapat Anugerah Gangsa. Seramai 200 orang perserta dari seluruh SBP, MRSM dan SBT Harian serta perserta dari negara luar termasuk Thailand, Filipina dan India.
~written by:admin@myintek.info~

 

Jamnoree ke4 Jengka & Agoonoree Pertama Pengakap Antarabangsa

 
 
INTEK, 20 Apr 2014, Pertandingan peringkat antarabangsa Jamnoree Jengka ke-4 & Agoonore Pertama telah disertai oleh beberapa buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Pertandingan dalam bentuk perkhemahan pengakap ini berlangsung di Kem Mahkota, Jengka Pahang dari 15 hingga 19 April 2014. INTEK telah menghantar seramai 14 ahli pengakap dengan 7 lelaki dan 7 perempuan. Penganugerahan lencana Mat Kilau bergantung kepada beberapa aktiviti yang disertai pelajar dengan pelbagai aktiviti telah disediakan. Ahli perkhemahan mesti melakukan sekurang-kurangnya 8 aktiviti dengan jaya, maka mereka akan dianugerahkan dengan Lencana Mat Kilau. Alhamdulillah, semua ahli pengakap INTEK yang menyertai Jamnoree ini berjaya mendapatkan Lencana Mat Kilau dengan diberikan Skaf Pengakap berwarna kuning. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya serta tidak lupa guru penasihat pengakap yang terlibat.
~written by:admin@myintek.info~

 

Hari Kebudayaan Bahasa Cina (HKBC) SBP Ke 5 2014



INTEK, 21 FEB 2014, Program dwi tahunan ini akan diadakan di INTEK (tuan rumah) pada 07 hinga 09 Mac 2014. Sebanyak 28 buah SBP seluruh Malaysia termasuk INTEK dengan hampir 300 peserta dan guru pengiring serta 100 orang ajk akan terlibat, tidak terkecuali penglibatan agensi luar seperti Jabatan Kesihatan, Air Pahang Berhad (PAIP), Polis Di Raja Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang (BTPN), Jabatan Bomba, Jabatan Penerangan dan yang paling utama adalah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu lebih tepat lagi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Tema yang dipilih pada kali ini ialah "BAHASA MENJUNJUNG BUDAYA". INTEK menjadi tuan rumah ke 5 selepas SBPI Gombak menjadi tuan rumah pada tahun 2012.

Acara kemuncak pada 09 Mac dijangka dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching , dan akan mendapat liputan meluas media. Pelabagai acara telah diatur sepanjang HKBC kali ini seperti tarian singa, pertunjukan yoyo cina, pertandingan masakan cina, pertandingan bahas bahasa cina, caligrafi cina, pertunjukan wushu dan banyak lagi. Muat Turun tentatif program di sini.
 
Adalah diharapkan penganjuran kali ini akan berlangsung dengan jayanya dan apa yang paling penting betapa murninya nilai budaya dan kepelbagaian bangsa di Malaysia akan ditonjolkan dalam HKBC kali ini, dengan slogan 1 Malaysia.
~Admin~


Rumusan Kursus Kepemimpinan PRS SBP Zon Timur 2014

INTEK, 16 FEB 2014, Kursus kali ini diadakan sepenuhnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang, di mana INTEK telah diberi tanggungjawab sebagai pengelola. Kursus ini merupakan salah satu program yang akan dapat memantapkan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) supaya menjadi terlatih  untuk membantu rakan-rakan mereka dalam bidang akademik, perlakuan dan emosi. Julung kalinya kursus ini diadakan di peringkat zon secara serentak di semua zon pada tarikh yang sama. Tema yang dipilih pada kali ini ialah, "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain". Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua perserta dan JK pengelola pada kali ini. Gambar-gambar pada hari penutup boleh dimuat turun di Album. Sekian, terima kasih.
 

Keputusan PMR Terbaik Sejak 2005.

INTEK, 19 DIS 2013, INTEK amnya, pelajar batch Savant khasnya telah membukti mereka BOLEH!. Keputusan PMR yang diumumkan pagi telah melakar sejarah baru INTEK dan menceriakan semua warga INTEK. Mereka telah berjaya memecah rekod terbaik 1.18 dan kini mereka memegang rekod tersebut dengan pencapaian GPS 1.14. Jumlah pelajar semua A pula meningkat kepada 43 orang berbanding rekod sebelum ini 33 orang yang paling ramai. Tahniah buat mereka dan tahniah buat semua warga INTEK Analisis dan carta lengkap di Akademik>Keputusan PMR. Klik sekarang.

~admin~

Logo Rasmi Kejohanan Balapan & Padang SBP Zon Timur.

INTEK, 23 Jun2013, Oleh kerana INTEK merupakan penganjur pertama Kejohanan Balapan & Padang SBP Zon Timur tahun lalu, INTEK telah diberi kepercayaan untuk merekacipta logo rasmi kejohanan tersebut. Dengan kepakaran yang ada, Alhamdulillah, logo tersebut berjaya disiapkan dan bendera rasmi kejohanan juga dalam proses pembuatan. Semoga logo ini akan terus digunakan secara rasmi selagi kejohanan ini ada dan semoga INTEK terus dijadikan kenangan dalam penganjuran kejohanan ini buat kali pertama. Klik link berikut untuk muat turun mengikut saiz.
 

25 Lagi SBT Diiktiraf termasuk INTEK

PUTRAJAYA 2012: Sebanyak 25 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selepas menunjukkan kecemerlangan secara konsisten, menjadikan jumlah keseluruhan 91 SBT seluruh Malaysia sehingga kini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pengiktirafani itu, sasaran Kementerian Pelajaran untuk membangun dan mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah SBT di setiap negeri tercapai dalam tempoh Pelan Transformasi Kerajaan (GTP 1.0- 2010 hingga 2012) yang berakhir pada 31 Disember ini.
“Melalui pengiktirafan ini, peruntukan khas RM18.7 juta diberikan kepada 25 SBT terbaru ini khususnya untuk membantu mengangkat kualiti pendidikan murid ke satu tahap setanding dengan piawaian antarabangsa. “Saya berharap SBT berjaya melahirkan murid sebagai individu yang bukan saja menguasai pengetahuan dan kemahiran, tetapi turut menguasai kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.
“Ini akan mengupayakan semua murid untuk memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara, malah aspirasi murid ini seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang sedang dikemas kini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 3 (Kumpulan 2), di sini, semalam.
Teks ucapan dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Rosli Mohamed.
Sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, Kolej Sains Pendidikan Islam (SABK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan di Terengganu, SM Sains Kepala Batas, SK Bertam Indah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union di Pulau Pinang.
SM Sains Pokok Sena, SK Sultanah Asma di Kedah, SM Sultan Haji Ahmad Shah dan SBPI Kuantan di Pahang, SM Sains Hulu Selangor di Selangor, SM Sains Labuan di Labuan; SBPI Selandar, SK Convent Infant Jesus (2), SK (P) Methodist 2, SJKC Yok Bin di Melaka.
Sekolah lain ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, SMK Infant Jesus Convent, SK Bandar Penawar 2, SK Bandar Maharani di Johor, SK Zainab 1 di Kelantan, SK Sri Gaya di Sabah, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Seri Indera di Perlis dan SJKC Ave Maria Convent di Perak.
Semua sekolah menerima ganjaran RM700,000 untuk melaksanakan pembangunan atau aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan 66 SBT yang diiktiraf sebelum ini, kerajaan bersetuju melanjutkan pelaksanaan SBT dalam tempoh GTP 2.0 iaitu dari 2013 hingga 2015 dengan sasaran sepuluh SBT setahun. Ini bermakna, katanya, jika terdapat sekolah yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan, jumlah SBT boleh menjangkau sekurang-kurangnya 130 menjelang tahun 2015.
Source: Harian Metro
  1) Selamat kembali ke sekolah 2018. INTEK Peneraju Kecemerlangan.

2) INTEK telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi Kohort 3 Tahun 2012 bersama 25 buah sekolah lain di seluruh Malaysia.

3) LIKE Facebook rasmi INTEK sekarang dengan carian SBP Integrasi Kuantan (Official).

4) Jangan lupa untuk Login ke Dashboard Frog VLE anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

https://cra4001.1bestarinet.net

5)Derma untuk Surau An-Nur INTEK boleh di salurkan terus ke akaun Bank Rakyat No.: 22-113-119244-6

6)Emel Rasmi INTEK (1GOVUC) telah ditukar kepada cra4001@moe.edu.my . Sebarang pertayaan dan maklum balas perlu menggunakan emel ini.

7)Sebarang Cadangan/Aduan/Komen boleh terus ke inbox admin feedback@myintek.info

8)Klik https://t.me/intek_aio untuk join INTEK_AIO Telegram Channel (maklumat dihujung jari)

HTML


 
Klik di sini jika ada masalah
 
 

Click picture to ENTER Frog VLE CRA4001
 
ENROLMEN INTEK sehingga:  01 Mac 2017
 TINGKATAN
L
P
 JUMLAH
T1 (4 Kelas)
37 48 85
T2 (4)
 53
 55
108
T3 (3)
 41
39
80
T4 (4)
 37
39
76
T5 (4)
 32
38
70
 JUMLAH
200
219
419

 
BIL. GURU sehingga April 2017
 LELAKI
 24
 PEREMPUAN
 30
 JUMLAH
 54
Cuti Bersalin: 01

BIL. STAF  sehingga Jun 2016
 LELAKI
9
 PEREMPUAN
15
 JUMLAH
24

 
Latest Video:
 
 
 

 
Penafian: Pihak SBP Integrasi Kuantan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan sumber dan maklumat daripada laman web ini. Segala suapan RSS dari Facebook, Twitter atau laman sosial lain tidak menggambarkan pendirian asal pihak sekolah.
Hak Cipta Terpelihara (c) SBP Integrasi Kuantan 2011~2014